Peta senarai cadangan geotapak, biotapak dan tapak budaya dan warisan untuk pentauliahan UNESCO Global Geopark (UGGp) pada 2025. Beberapa lagi tapak sedang dirancang untuk ditambah seperti Empangan Ampang Lama / Jalan Kerja Ayer Lama (hidrogeologi), Pekan Ampang & Kuala Ampang (budaya dan warisan).

Geopark Gombak-Hulu Langat (GHL) meliputi beberapa kawasan di bawah bidang kuasa 3 pihak berkuasa yang berlainan, termasuk Majlis Perbandaran Selayang, Majlis Perbandaran Kajang, dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya kita.

Apakah Geopark Gombak-Hulu Langat?

Geopark Gombak-Hulu Langat meliput 112,955 hektar dan mengandungi 20 geotapak di sekitar negeri Selangor. Geotapak tersebut (tapak geologi dan geomorfologi) merupakan kawasan yang mempunyai nilai keindahan, saintifik, riadah, dan budaya untuk masyarakat setempat.

Apakah Geopark Sedunia UNESCO?

Geopark Global UNESCO merujuk kepada sesuatu kawasan bersepadu yang mengandungi tapak dan landskap geologi berkepentingan antarabangsa yang diurus secara holistik bagi meningkatkan perlindungan, pendidikan, dan pembangunan lestari.


Sesebuah Geopark Global UNESCO menggunakan warisan geologinya, bersehubungan dengan segala nilai warisan semulajadi dan budaya kawasan tersebut, untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman mengenai isu-isu penting yang dihadapi oleh masyarakat setempat, contohnya penggunaan sumber asli secara mampan, menangani kesan pertukaran iklim, dan mengurangkan risiko berkaitan dengan bencana alam semula jadi.

(Sumber: UNESCO, 2023)

Faedah Geopark

  • Pemuliharaan bersepadu: Alam semulajadi (kepelbagaian geologi dan kepelbagaian biologi) dan warisan budaya dipelihara sebagai satu entiti

  • Mengimbangi antara pemuliharaan dan pembangunan: ekopelancongan (geotourism) diuar-uarkan untuk meningkatkan pembangunan wilayah berdasarkan penggunaan sumber lestari

  • Penglibatan masyarakat setempat: Tumpuan diberikan kepada penyertaan dan pembangunan sosieokonomi masyarakat setempat

    Sumber: “Geopark in Malaysia: The Front Door of Our Geological Treasures”, Prof Emeritus Dato’ Ibrahim Komoo (2016)


    Maklumat tambahan mengenai UNESCO Global Geoparks di sini.

Kepentingan Geopark kepada warga Ampang Jaya

Sebuah Geopark Sedunia UNESCO memerlukan rancangan pengurusan dengan dasar yang menyeleruh mengenai perlindungan, pendidikan, dan pembangunan lestari.

Sebagai penduduk dan orang berkepentingan dalam kawasan Geopark ini, adalah penting untuk kami menyuarakan apakah erti konsep guna tanah, pemuliharaan, pembangunan lestari, dan pendidikan kepada kami.


Melindungi tempat tinggal dan meningkatkan taraf kehidupan kita.

Kira-kira tiga suku daripada kawasan Ampang Jaya (kawasan urban dan hutan simpan kekal) yang berada di dalam Geopark dikategorikan sebagai berikut:

  1. Kawasan Sensitif Alam Sekitar (Kelas 1 dan 2)

  2. Kawasan Berisiko Bencana 

  3. Kawasan Berisiko Bahaya

  4. Hutan Simpan dan kawasan Tadahan Air. 

  5. Lembangan Sungai Klang.

Memastikan perancangan hijau dan mampan, dan amalan terbaik dalam pemuliharaan semulajadi.

Dasar yang baik dan Pelan Pengurusan Geopark bersamaan dengan Draf Rancangan Tempatan MPAJ 2035 yang baik akan memastikan perancangan masa depan di kawasan kita dengan adanya pembangunan mampan dan hijau; dan pemuliharaan alam sekitar semulajadi dan biodiversitinya.

Meningkatkan ekonomi tempatan.

Meningkatkan rezeki masyarakat tempatan dengan mengembangkan pelancongan berasaskan alam semulajadi dan eko-pelancongan; ekonomi circular dan hijau (green) serta kemunculan ekonomi lain yang berkaitan daripadanya.

Kita, warga Ampang Jaya, disertakan bersama,

Ethos Geopark UNESCO dapat melindungi kepentingan kita. Penyertaan masyarakat yang terdiri daripada penduduk yang juga adalah orang berkepentingan di kawasan itu adalah mustahak.


GOMBAK-HULU LANGAT GEOPARK GARIS MASA

GOMBAK-HULU LANGAT GEOPARK GARIS MASA

27 Februari 2019

Kerajaan Negeri Selangor mengumumkan permohonan tapak tidak dapat diteruskan kerana tidak mencukupi syarat. Pematang Kuartza Gombak Selangor (PKGS) masih belum bersedia untuk diangkat menjadi Tapak Warisan Dunia UNESCO berdasarkan penemuan, pengalaman dan kriteria yang ditetapkan pasukan pakar yang menyiapkan Dossier bagi Tentative List. 

Memandangkan kekangan pencalonan PKGS sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO PLAN Malaysia Selangor bersamaan dengan pasukan pakar mencadangkan PKGS dijadikan salah satu geosite bagi Geopark dengan tujuan mendapatkan pengiktirafan sebagai UNESCO Global Geopark (UGGp). 

PLANMalaysia mulakan pengkajian untuk mengenalpasti kesesuaian kawasan dan potensi Gombak Hulu Langat sebagai geopark.


15 Oktober 2020

PLANMalaysia Selangor membentang kertas kerja Cadangan Pelaksanaan Geopark negeri Selangor sebagai Geopark Kebangsaan dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES).


28 Oktober 2020

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) bersetuju melaksanakan Geopark di Selangor dengan cadangan 20 geotapak di daerah Gombak dan Hulu Langat untuk dijadikan Geopark Kebangsaan. Juga untuk menubuhkan keahlian Jawatankuasa Pro-Tempore yang mana Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri UPEN, dilantik sebagai Pegawai Jawatankuasa.


29 September 2021

Majlis Tindakan Negeri Selangor (MTES) meluluskan pembentukkan Geopark GHL dengan tujuan untuk mendapatkan pengiktirafan UGGp dalam tahun 2025 setelah mengkaji dan mendengar pembentangan pasukan pakar.


6 Oktober 2021

MMKN bersetuju untuk PLAN Malaysia Selangor membuat persiapan dossier bagi fasa-fasa yang diperlukan untuk pengiktirafan UNESCO.


16 Ogos 2022

Penilaian untuk mendapatkan status Geopark Kebangsaan dijalankan. Terdapat dua ciri utama bagi pengiktirafan UGGp; iaitu untuk kawasan Geopark diisytiharkan sebagai Geopark Kebangsaan terdahulu dan penglibatan komuniti Geopark.

Penyertaan komuniti (orang-orang berkepentingan) adalah amat penting dalam arah tuju proses pengiktirafan UGGp. Kami, AJ Rimba Collective, serta ramai komuniti-komuniti lain, dan beberapa sekolah-sekolah kebangsaan dari daerah Gombak dan Hulu Langat telah diundang bersama untuk mencapai pengiktirafan ini. Kami dikenali sebagai, Aspiring Geoparkian. 


Penilaian tidak dapat dijalankan tanpa adanya geotapak yang bernilai penting, penyertaan komuniti-komuniti dan agensi-agensi yang berkenaan. Kerjasama kerajaan tempatan perbandaran/daerah adalah untuk memudahkan proses penilaian dan pengiktirafan Geopark Kebangsaan.


14 November 2023

Pengisytiharan Geopark Kebangsaan GHL oleh Kementerian Alam Sekitar dan Air (KETSA).

Status Terkini

Proses dan pelan bagi pengiktirafan UGGp tergendala di tahap Pihak Berkuasa Negeri.

  • Pemasyhuran bagi GHL Geopark Kebangsaan oleh Kerajaan Negeri Selangor masih belum dibuat. 

  • Pewartaan bagi Badan Pelaksanaan GHL Geopark di bawah Enakmen No. 3 1994 Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) belum dinaikkan oleh Kerajaan Negeri Selangor. 

  • Pelaksanaan Pelan Pengurusan Geopark oleh Badan Pelaksanaan dan Jawatankuasa Geopark bagi tujuan mendapatkan pengiktirafan UGGp tidak dapat diuruskan. 

  • Surat-surat pelantikan tidak dapat diberikan kepada ahli-ahli Jawatankuasa Geopark GHL tanpa pewartaan Badan Pelaksanaan.

Geopark dan Anda

Peta Masyarakat AJ Gombak Hulu-Langat Geopark di kejiranan besar Zon 1, 2 & 26 (MPAJ). Disediakan oleh 3Nine Design.

Peta Masyarakat AJ Gombak Hulu-Langat  Geopark di kejiranan besar Zone 4, 6 & 7 (MPAJ). Disediakan oleh 3Nine Design.

Peranan Anda

 Peranan anda amat penting dalam proses pengiktirafan rasmi UNESCO ini.

Jadilah sebahagian daripada masyarakat UNESCO Global Geopark Gombak - Hulu Langat bercita-cita ini.

Ketahui lebih dengan lebih lanjut mengenai Gombak-Hulu Langat UNESCO Global Geopark yang diharapkan ini, dan bagaimana ia boleh melindungi dan juga meningkatkan kualiti hidup anda di sini.

Masa depan kesejahteraan anda, persekitaran semula jadi yang indah dan istimewa di sekeliling anda dan kualiti hidup yang anda inginkan adalah di tangan anda.